Laman

Selasa, 02 Oktober 2012

Al Farabi

Biografi Tokoh Abū Nasir Muhammad bin al-Farakh al-Fārābi (870-950, Bahasa Persia: محمد فارابی ) atau Abū Nasir al-Fārābi (dalam beberapa sumber ia dikenal sebagai Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan bin Uzalagh al-Farabi), juga dikenal di dunia barat sebagai Alpharabius, Al-Farabi, Farabi, dan Abunasir adalah seorang filsuf Islam yang menjadi salah satu ilmuwan dan filsuf terbaik di zamannya. Ia berasal dari Farab, Kazakhstan. Sampai umur 50, ia tetap tinggal di Kazakhstan. Tetapi kemudian ia pergi ke Baghdad untuk menuntut ilmu di sana selama 20 tahun. Lalu ia pergi ke Alepo (Halib), Suriah untuk mengabdi kepada sang raja di sana. AL-FARABI ADALAH SEORANG KOMENTATOR FILSAFAT YUNANI YANG SANGAT ULUNG DI DUNIA ISLAM. MESKIPUN KEMUNGKINAN BESAR IA TIDAK BISA BERBAHASA YUNANI, IA MENGENAL PARA FILSUF YUNANI; PLATO, ARISTOTELES DAN PLOTINUS DENGAN BAIK. KONTRIBUSINYA TERLETAK DI BERBAGAI BIDANG SEPERTI MATEMATIKA, FILOSOFI, PENGOBATAN, BAHKAN MUSIK. AL-FARABI TELAH MENULIS BERBAGAI BUKU TENTANG SOSIOLOGI DAN SEBUAH BUKU PENTING DALAM BIDANG MUSIK, KITAB AL-MUSIQA. IA DAPAT MEMAINKAN DAN TELAH MENCIPTAKAN BEBAGAI ALAT MUSIK. AL-FARABI MUDA BELAJAR ILMU-ILMU ISLAM DAN MUSIK DI BUKHARA. SETELAH MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL, AL_FARABI BELAJAR LOGIKA KEPADA ORANG KRISTEN NESTORIAN YANG BERBAHASA SURYANI, YAITU YUHANNA IBN HAILAN. PADA MASA KEKHALIFAHAN AL-MUTA'DID (892-902M), AL-FARABI DAN YHANNA IBN HAILAN PERGI KE BAGHDAD DAN AL-FARABI UNGGUL DALAM ILMU LOGIKA. AL-FARABI SELANJUTNYA BANYAK MEMBERI SUMBANGSIHNYA DALAM PENEMPAAN FILSAFAT BARU DALAM BAHASA ARAB. PADA KEKAHLIFAHAN AL-MUKTAFI (902-908M) DAN AWAL KEKHALIFAHAN AL-MUQTADIR (908-932M) AL-FARABI DAN IBN HAILAN MENINGGALKAN BAGHDAD MENUJU HARRAN. DARI BAGHDAD AL-FARABI PERGI KE KONSTANTINOPEL DAN TINGGAL DI SANA SELAMA DEALAPAN TAHUN SERTA MEMPELAJARI SELURUH SILABUS FILSAFAT. AL-FARABI DIKENAL SEBAGAI "GURU KEDUA" SETELAH ARISTOTELES. DIA ADALAH FILOSOF ISLAM PERTAMA YANG BERUPAYA MENGHADAPKAN, MEMPERTALIKAN DAN SEJAUH MUNGKIN MENYELARASKAN FILSAFAT POLITIK YUNANI KLASIK DENGAN ISLAM SERTA BERUPAYA MEMBUATNYA BISA DIMENGERTI DI DALAM KONTEKS AGAMA-AGAMA WAHYU. KARYANYA YANG PALING TERKENAL ADALAH AL-MADINAH AL-FADHILAH (KOTA ATAU NEGARA UTAMA)YANG MEMBAHAS TETANG PENCAPAIAN KEBAHAGIAN MELALUI KEHIDUPAN POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARA REZIM YANG PALING BAIK MENURUT PEMAHAMAN PLATO DENGAN HUKUM ILAHIAH ISLAM. FILSAFAT POLITIK AL-FARABI, KHUSUSNYA GAGASANNYA MENGENAI PENGUASA KOTA UTAMA MENCERMINKAN RASIONALISASI AJARAN IMAMAH DALAM SYI'AH. Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H). Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa. Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M. Teori teori Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam". Kelebihan dari Teori Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan. Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubahan di zamannya. Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini. Kekurangan Teori Kekurangan dari teorinya yaitu dapat dilihat dari pemahaman Al-Farabi tentang falsafah yang sempurna. Beliau menganggap seorang falsafah tidak harus memisahkan diri dari politik dan sains. Padahal sains tidak dapat dipadukan dengan politik. Karena politik tidak dapat dimasukkan ke dalam ilmu filsafat jadi memang seorang filsafat harus mengetahui sains dan politik. Tetapi harus bias membedakan antara sains dengan politik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar